About Me

header ads

Bagaimana Taobao Atur Carian 300 juta lebih barangnya?



Pernahkah anda bayangkan bagaimana portal dagang yang disenaraikan sebagai antara yang terbesar dunia, Taobao, boleh mencari produk yang sesuai dengan keperluan anda dalam tempoh yang singkat?

(klik di sini untuk membaca tips mencari dan membeli barang di Taobao)

Taobao menggunakan alat carian yang dipanggil 'adaptive agents'. Adaptive Agent akan mengesan isyarat dari rekod pembelian pembeli, termasuk kategori, jenama, ciri-ciri, warna dan sebagainya. Ia juga akan mengambil maklumat dari bar code.

Dari maklumat rekod pembelian, Taobao akan menyusun senarai pilihan yang mungkin disukai pengguna. Agent ini menggunakan kaedah BAYES iaitu satu kaedah di dalam Teori Kebarangkalian yang cuba menduga peristiwa yang bakal berlaku berdasarkan peristiwa terdahulu. Penarafan sesebuah laman web boleh ditentukan berdasarkan kombinasi maklumat terdahulu termasuk jumlah klik ke lamannya.

Model Carian ini melibatkan pengiraan kadar korelasi (kaitan) dan skor:
- tajuk produk (korelasi)
- kepadanan tajuk dan carian produk (korelasi)
- model kategori bagi produk (korelasi)
- model transaksi bagi komoditi (skor kualiti)
- model penjual (skor kualiti)
- maklumbalas (skor kualiti)

Taobao akan membuat klasifikasi bagi teks dan imej produk dan menggunakan tag untuk memadankan dengan model carian. Penggunaan carian semantik (perkataan) akan digunakan apabila kata kunci atau imej tidak dapat membantu carian. Carian semantik juga digunakan untuk memberikan cadangan kepada pengguna.

(klik di sini untuk membaca tips mencari dan membeli barang di Taobao)

Post a Comment

0 Comments