About Me

header ads

[Bisnes] Apa Rahsia Jutawan Internet?

Masa kini jika anda terbaca berita tentang usahawan yang berjaya di seluruh dunia, sebahagian besar dari mereka ada hubungkaitnya dengan kegiatan berasaskan Dunia Online

.

APA RAHSIA JUTAWAN INTERNET?



Dunia Online telah banyak mengubah cara manusia bekerja. Maklumat dapat dipindahkan dengan pantas merentas sempadan benua. Hasilnya masa berurusan dapat disingkatkan, kecekapan kerja dapat ditingkatkan dan seterusnya terbuka berbagai peluang baru bagi sesiapa yang tahu memanfaatkan teknologi ini.

Masa kini jika anda terbaca berita tentang usahawan yang berjaya di seluruh dunia, sebahagian besar dari mereka ada hubungkaitnya dengan kegiatan berasaskan Dunia Online.

Bill Gates adalah usahawan yang memperkenalkan aplikasi Windows dan Office.

Steve Job adalah usahawan yang memperkenalkan Komputer Mac dan Smartfon iPhone.

Mark Zuckerberg adalah usahawan yang memperkenalkan rangkaian media sosial Facebook.

Jack Ma adalah pengasas jaringan perdagangan online Alibaba.

Sekadar menyebut empat nama dari kalangan usahawan berjaya.

Kesemua mereka ini bermula dari Scratch iaitu kosong.

Bill Gates memulakan bisnesnya dengan membangunkan perisian komputer dan menjualnya kepada syarikat pengeluar komputer.

Steve Job memulakan bisnesnya dengan memasarkan komputer yang di pasang di garaj rumahnya.

Mark Zuckerberg memulakan bisnesnya dengan membangunkan perisian rangkaian media sosial ketika belajar di kampus.

Jack Ma memulakan pelbagai bentuk bisnes sebelum akhirnya berjaya dengan platform dagang Alibaba beliau.

3 Ciri Usahawan Internet Yang Berjaya


Mereka berkongsi ciri-ciri yang sama iaitu mereka dapat mencari peluang,  pantas meneroka dan gigih berusaha memanfaatkan peluang tersebut.


  • Cari peluang.
  • Pantas teroka.
  • Gigih berusaha.


Inilah satu Open Secret atau Rahsia Terbuka yang menjadi kejayaan mereka. Anda juga boleh berjaya dan jadi jutawan seperti mereka jika anda tahu bagaimana memanfaatkan Dunia Online.

Dunia Online ini luas dan terbuka.  Anda boleh layari ke mana sahaja dan sebanyak mana laman web tanpa henti sepanjang waktu. Anda boleh menggunakan apa sahaja perkhidmatan di dalamnya samada yang berbayar atau percuma.

Cuma, selalunya kita tersasar ke tempat lain.

Kita mudah terleka berbual dalam media sosial, menonton kandungan media terlalu lama dan leka mengikuti sesuatu kisah secara online sehingga sedar tak sedar masa berlalu dan tidak mendapat manfaat dari masa yang diluangkan di dalam Dunia Online.
Sangat merugikan, bukan?

Oleh itu, betulkan azam anda. Jika anda mahu berjaya, mahu maju, mahu kaya melalui Dunia Online, masuklah ke dalam Dunia Online dengan azam sedemikian.

Buat seperti apa yang mereka di atas telah lakukan.


1) Cari Peluang

Peluang paling besar yang ada dalam dunia Internet adalah rangkaian yang wujud di dalamnya. Rangkaian ini menghubungkan kita dengan manusia dan sumber dari seluruh pelusuk dunia. Melalui rangkaian ini kita boleh mengenalpasti siapa yang boleh menjadi kumpulan sasaran atau pemegang taruh bagi kempen pemasaran kita. Melaluinya juga kita boleh mengenalpasti sumber apa yang boleh kita garap bagi menjayakan kempen pemasaran kita.

Pada hari ini, kebanyakan pengguna Internet berinteraksi melalui Pelantar Media Sosial (English: Social Media Platform). Justeru kita juga harus masuk ke pelantar utama seperti Facebook, Twitter, Instagram dan seumpamanya untuk membina hubungan dengan mereka.

Facebook menyediakan 3 bentuk laman iaitu Profile, Page dan Group. Daftar dan binalah ketiga bentuk laman ini. Hubungkan laman ini dengan pengguna yang lain dengan cara berikut:

1.1) Profile - tambah kenalan sehingga maksimum 5,000 orang.
1.2) Page - tambah peminat (English: likers) atau pengekor (English: followers) yang tiada had jumlah orangnya.
1.3) Group - tambah anggota (English: members) yang juga tiada had jumlah orangnya.


2) Pantas Teroka

Terdapat berjuta Profile, Page dan Group di dalam pelantar Facebook. Bagaimana anda mahu menarik perhatian pengguna Facebook kepada kempen anda? Anda harus mengenalpasti apa Penawaran Nilai Unik (English: Unique Value Proposotion) yang ada pada diri anda atau kempen pemasaran anda.

Contoh nilai unik yang ada pada Yayasan Isra' adalah penganjuran program pendidikan untuk anak-anak pelarian. Tidak ramai pihak yang menganjurkan program seumpama ini di seluruh dunia. Kalaupun sudah ada badan-badan NGO yang lain yang menganjurkan hal seumpama ini, masih banyak lagi ciri unik yang boleh ditampilkan seperti lokasi sasaran, lokasi operasi, skop bantuan, sasaran hasil program dan sebagainya.

Dengan adanya nilai unik ini, kewujudan individu atau organisasi itu akan menjadi tarikan kepada pengguna yang mencari atau meminati bidang yang sama.

Dunia hari ini bergerak pantas. Setiap detik, akan wujud usaha atau kempen baru. Oleh itu anda harus cepat meneroka. Jika terlambat, mungkin akan ada pihak lain yang terlebih dahulu muncul dan menjuarai bidang yang sedang dirancangkan itu. Anda harus cepat bertindak melaksanakan rancangan anda.

3) Gigih Berusaha

Sebagaimana disebutkan di atas, dunia Internet ini luas. Individu dan organisasi di seluruh dunia berterusan berlumba menarik perhatian pengguna Internet yang lain. Dengan jumlah pengguna yang mencecah bilion ramainya, usaha anda ini sebenarnya tidak mudah. Anda mungkin akan mengambil masa beberapa ketika sebelum berjaya menarik perhatian pengguna Internet.

Yang penting anda gigih berusaha, konsisten dengan tindakan yang telah dirancangkan serta membuat penambahbaikan terhadap usaha ini dari masa ke semasa.



CikguRazzi

https://www.facebook.com/CikguRazzi/

https://twitter.com/cikgurazzi/

.

Post a Comment

0 Comments