About Me

header ads

Sekatan Google (Android) Terhadap Huawei: Apa kesannya terhadap pemilik smartfon Huawei?


.
Sekatan Google (Android) Terhadap Huawei: Apa kesannya terhadap pemilik smartfon Huawei?

Pada bulan Mei 2019, Kerajaan Amerika Syarikat telah memasukkan nama Huawei ke dalam senarai syarikat yang dihalang mempunyai hubungan perdagangan dengan negara tersebut. Susulan daripada itu, syarikat Google, pemilik sistem operasi mudahalih Android telah menghentikan sokongan kepada produk keluaran Huawei. Apakah akibat yang bakal dihadapi oleh pengguna smartfon Android?

Secara amnya, sistem Android adalah sumber terbuka. Ini bermakna ia boleh dipasang pada mana-mana peranti yang serasi dengan spesifikasinya. Oleh itu, jika peranti Huawei sedia ada menepati spesifikasi Android, penggunanya mungkin tidak akan menghadapi sebarang masalah.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa perisian penting Android yang memerlukan lesen penggunaan oleh Google seperti Play Store, Gmail, Google Maps dan beberapa aplikasi lain mungkin tidak dapat digunakan lagi oleh pemilik peranti Huawei. Tanpa aplikasi ini, kegunaan Android sangat terhad dan kurang menarik.

Huawei juga tidak akan menikmati kelebihan sebagai rakan pembangun dan pengeluar sistem Android. Ini bermakna Google tidak akan memberitahu mereka sebarang perubahan sistem terlebih awal. Akibatnya, Huawei perlu mengikuti dan mengadaptasi sendiri jika terdapat perubahan pada sistem Android apabila ia dikemaskini oleh Google. Pengguna peranti Huawei mungkin berhadapan dengan risiko smartfon tidak berfungsi dengan baik apabila berlaku pengemaskinian sistem Android. Hal ini mungkin akan turut mendedahkan pengguna kepada risiko keselamatan data dan privasi mereka.

Perkembangan terkini menunjukkan bahawa Google sendiri tidak selesa dengan sekatan tersebut. Ia boleh memberi dua kesan besar terhadap Android. Pertama, sistem Android terutamanya pengguna Huawei akan terdedah kepada risiko kelemahan pertahanan sistem dan lambat-laun boleh menjatuhkan kredibiliti Android sendiri. Kedua, Huawei mungkin akan membangunkan sistem operasi sendiri dan kesudahannya menjadi pesaing kepada Android.

Kita berharap agar Google dapat "memujuk" Kerajaan Amerika Syarikat mengubah fikiran mereka terhadap Huawei.

Sumber: https://www.forbes.com/sites/jaymcgregor/2019/05/20/huawei-android-ban-what-it-means-for-your-phone/#1bed8a1561b1



.

Post a Comment

0 Comments