.
Microsoft Akhirnya Mengalah Kepada Teknologi Google?
Microsoft adalah sebuah syarikat perisian komputer yang ditubuhkan oleh Bill Gates pada tahun 1981. Syarikat ini memulakan dominasi dalam teknologi pembangunan perisian komputer apabila mendapat kontrak membangunkan perisian Disk Operating System (DOS) untuk syarikat IBM.
Dekad 90an menyaksikan Microsoft berkembang menjadi gergasi pembangun perisian dengan mengeluarkan perisian terkemuka seperti Microsoft Windows, Microsoft Office dan Microsoft Internet Explorer. Hampir kebanyakan komputer peribadi di seluruh dunia dipasang dengan perisian ini.
Google adalah sebuah syarikat teknologi komputer yang menawarkan perkhidmatan melalui Internet. Ia ditubuhkan oleh Larry Page dan Sergey Brin pada tahun 1998 untuk meneroka teknologi carian Internet. Kebanyakan perkhidmatan mereka disediakan melalui capaian Internet. Pengguna Internet boleh menggunakan pelayar Web yang sedia ada di pasaran seperti Netscape Navigator, Mozilla Firefox dan Microsoft Internet Explorer untuk mengakses perkhidmatan Google.
Pada mulanya pengasas Google, Eric Schmidt, tidak bercadang mengeluarkan perisian Pelayar Web untuk mengelakkan pertembungan dengan perisian Pelayar Web sedia ada. Namun, dilaporkan pada tahun 2004 pandangan beliau berubah setelah beliau melihat potensi Pelayar Web berdasarkan ubahsuaian ke atas perisian Mozilla Firefox.
Akhirnya, pada tahun 2009, Google melancarkan perisian Pelayar Web sendiri bernama Chrome. Serentak dengan itu juga Google melancarkan versi sumber terbuka yang dinamakan Chromium. Antaramuka Chromium lebih ringkas. Antaramukanya hanya mempunyai satu kotak teks yang boleh dimasukkan alamat web atau kata carian. Ternyata konsep ini mencabar perisian lain termasuk Microsoft Internet Explorer.
Kini pada tahun 2019, 10 tahun berlalu, Microsoft nampaknya telah akur bahawa teknologi Google lebih hebat. Ia juga telah mengambil enjin Chromium untuk disepadukan ke dalam perisian Pelayar Web miliknya bernama Microsoft Edge.
Tanpa kita sedar, Google telahpun menjatuhkan penguasaan Microsoft dalam dunia perisian komputer. Antara yang dapat dilihat:
- Perisian Pelayar Web Chrome telah mendominasi pasaran berbanding Microsoft Internet Explorer.
- Perisian Sistem Android telah mendominasi pasaran smartfon dan tablet berbanding Windows.
- Perisian Chrome OS berpotensi menjatuhkan dominasi Windows dalam pasaran laptop.
- Perisian Google Suite semakin menjadi popular berbanding Microsoft Office.
Sudah tiba masanya Microsoft berfikir apa yang tidak kena dengan produk perisian keluarannya.
.
0 Comments