About Me

header ads

[Famili] Selamatkah Rumah Yang Bakal Kita Duduki?



.

INSIDEN CONDO RUNTUH: SELAMATKAH RUMAH YANG BAKAL KITA DUDUKI?


Kondominium Sri Petaling, setinggi 38 tingkat, yang sedang didirikan di Sri Petaling, pinggiran selatan Kuala Lumpur, dijadualkan siap pada tahun 2021, telah runtuh baru-baru ini.

Menurut maklumat yang dilaporkan oleh thestar.com, pemajunya Pinnacle Homes menjelaskan ia berpunca dari kurangnya penyangga untuk menyokong lantai konkrit yang sedang dibina pada tiga tingkat Menara B.

TheStar melaporkan pihak pemaju mengutus surat kepada mereka memberitahu bahawa mereka menititberatkan aspek keselamatan dalam projek pembangunan. Mereka berkata tiada kemalangan jiwa berlaku dan kerja-kerja pembersihan dijalankan.

Pihak pemaju juga dikatakan tidak berpuashati dengan penularan mesej dan spekulasi di dalam Internet. Mereka bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu untuk melindungi kepentingan mereka dan pembeli kondominium terbabit.

Tindakan pemaju memberi maklumbalas ini adalah dialu-alukan. Namun pihak pemaju perlu membuat siasatan dan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang amalan di tempat kerja mereka. Jika mereka mendakwa tidak pernah kompromi dalam hal kualiti dan keselamatan projek mereka, apa pula jawapan kepada tingkat roboh yang tidak mempunyai sokongan pembinaan yang mencukupi? Bukankah tiang sokongan sepatutnya dirancang terlebih awal sebelum lantai dipasang?

Kita juga menunggu laporan dan komentar pelbagai pihak lain yang terbabit dengan isu ini agar dapat memberi keyakinan kepada rakyat bahawa insiden ini disiasat dan ditangani dengan baik.

Di bawah adalah rakaman di tempat kejadian seperti yang disiarkan oleh pengguna Sri Petaling.

.
.












Post a Comment

0 Comments