About Me

header ads

[Media] Panduan Mencari Maklumat Di Dalam Internet

Bayangkan anda berada di tepian pantai mahu mencari sebutir cincin yang tercicir. Jika tiada petunjuk, barangkali tak akan berjumpa cincin tersebut

.

[MEDIA] PANDUAN MENCARI MAKLUMAT DI DALAM INTERNET


Hari ini, sumber maklumat sebenarnya sangat dekat dengan anda. Sekadar sentuhan jari. Layari laman carian Google dan carilah apa sahaja maklumat yang anda mahu, pastinya akan ada hasil carian Google yang menepati keperluan anda.

Tapi waspada.

Gedung maklumat Google ini hakikatnya sangat besar. Bayangkan anda berada di tepian pantai mahu mencari sebutir cincin yang tercicir. Jika tiada petunjuk, barangkali tak akan berjumpa cincin tersebut kerana pantai itu terlalu luas dan cincin mungkin sudah tersorok di bawah pasir.

Anda perlu belajar beberapa teknik carian.

Tentukan dahulu perkataan atau frasa yang anda ingin cari. Adakah ia perkataan atau frasa yang tepat untuk bidang carian anda.

Contoh:
“Baju”, “Baju murah”, “Baju raya murah” dan “Borong baju raya murah”.

Keempat-empat frasa di atas akan menghasilkan keputusan carian yang berbeza.

Adakalanya perkataan atau frasa perlu disusun supaya tepat mengenai sasaran carian.

Contoh:
“Mee goreng” - “basah” akan mengarahkan Google mencari maklumat tentang “mee goreng” tetapi yang tidak berkaitan dengan “basah”.

Anda juga boleh membataskan hasil carian bagi tempoh tertentu dengen menggunakan pilihan Tools dan Time.




Adakalanya hasil carian masih samar-samar. Anda mungkin perlu pilih kategori carian lain seperti images, video, news dan lain-lain untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat.

Adakalanya anda mempunyai gambar tetapi tidak tahu perkataan yang sesuai untuk mencari maklumat tentangnya. Kini anda boleh gunakan fungsi Image Search iaitu upload gambar tersebut supaya Google dapat membuat carian berdasarkan gambar.



Adakalanya maklumat itu sudah dipadamkan dari laman asalnya atau laman itu sendiri sudah tidak wujud. Anda mungkin perlukan bantuan archive.org untuk mencari salinan laman tersebut.




Adakalanya maklumat itu tiada dalam mainstream tetapi wujud dalam kumpulan-kumpulan niche. Anda mungkin perlukan carian niche menggunakan Facebook, Pinterest, Tumblr dan lain-lain.




Sekiranya masih belum bertemu hasil yang diharapkan, anda mungkin boleh bertanya dalam platform seperti Quora.com. Quora adalah sebuah laman soal jawab yang popular buat masa kini. Sesiapa sahaja boleh masuk bertanya atau menjawab soalan di sini.



Jangan lupa untuk melayari portal berita samada berita mainstream, niche atau tempatan. Adakalanya kemunculan sesuatu yang baru seperti produk, peristiwa dan acara boleh membuka peluang untuk anda.



Di atas hanyalah sebahagian teknik carian yang dapat dikongsi di sini. Anda perlu berlatih mencuba berbagai kaedah carian sehingga berjumpa maklumat yang dikehendaki.

.

Post a Comment

0 Comments