Algoritma (English:Algorithm) bermaksud proses langkah demi langkah dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
.
Dalam konteks media sosial, Algoritma Media Sosial (English: Social Media Algorithm) adalah kaedah yang dilakukan oleh pelantar media sosial (medsos)(English: Social Media Platform) untuk mengumpul hantaran pelbagai pengguna, lalu menyaring dan memaparkan semula kepada seseorang pengguna berdasarkan formula tertentu.
.
Di peringkat awal perkembangan medsos, kebanyakan hantaran disusun secara kronologi iaitu senarai yang bermula dengan hantaran terkini dan menurun sehingga hantaran terawal. Dalam gambar berikut, hantaran yang terkini berada di atas dan hantaran terdahulu berada di bawahnya.
.
Walaubagaimanapun, apabila jumlah hantaran seluruh dunia medsos meningkat, kaedah kronologi mungkin tidak berkesan lagi.
.
Ada masanya, sesuatu hantaran itu mungkin sudah lama disiarkan tetapi masih mendapat sambutan pengguna dalam bentuk reaksi, komen atau kongsi. Maka sistem akan beranggapan hantaran ini masih relevan untuk dipaparkan kepada pengguna. Oleh itu, algoritma sistem akan disesuaikan dengan formula yang mengambilkira perkara ini.
.
Itu adalah sekadar gambaran bagaimana formula tertentu digunakan dalam algoritma sistem untuk memaparkan senarai hantaran kepada seseorang pengguna.
.
BAGAIMANA KITA BOLEH MANFAATKAN HAL INI?
.
1. Tinjau dahulu perbualan semasa dalam laman atau grup medsos dan perhatikan topik semasa yang diperbualkan.
2. Rancang masa siaran supaya notifikasi siaran tersebut diterima oleh seberapa ramai mungkin pengguna dalam sesuatu ketika.
3. Kurangkan perkongsian ke laman di luar dari sesuatu rangkaian medsos. Pautan luar kurang digemari oleh pelantar medsos. Seboleh-bolehnya mereka mahu pengguna kekal dalam rangkaian mereka.
4. Masukkan apa2 tag yang boleh membantu meningkatkan carian pengguna seperti lokasi, nama individu, topik khusus.
5. Manfaatkan konten berbentuk video. Video yang menarik akan mengekalkan tumpuan pengguna pada sesuatu konten untuk masa yang lebih panjang berbanding teks semata-mata. Hal ini disukai pelantar medsos.
6. Gunakan video masa nyata (real time video). Video seperti ini boleh menimbulkan keributan yang berpotensi menarik jumlah khalayak yang tinggi dalam masa yang singkat.
Selanjutnya, anda boleh rujuk laman-laman berikut:
https://sproutsocial.com/insights/social-media-algorithms/
https://digitalmarketinginstitute.com/blog/how-do-social-media-algorithms-work
https://www.vizion.com/blog/what-is-a-social-media-algorithm-and-how-does-it-work/
https://promorepublic.com/en/blog/social-media-tricks-features-didnt-know-yet/
0 Comments