About Me

header ads

Maksud Photography



.
Maksud Photography
1) Perkataan Photography (Melayu: Fotografi) adalah berasal dari gabungan dua perkataan greek iaitu photo (cahaya) dan graph (lukisan). Gabungan dua perkataan ini menghasilkan perkataanphotograph yang bermaksud gambar yang dihasilkan dari kesan cahaya.
2) Lanjutan dari ini, perkataan photography digunakan untuk merujuk kepada sains, seni dan amalan merakam gambar yang kebiasaannya menggunakan kamera samada jenis khusus seperti kamera DSLR atau jenis terbina dalam alat lain seperti Telefon Pintar (Smart Phone).
2.1) Photography dikatakan sains kerana ia memerlukan kefahaman terhadap peranan cahaya dalam menghasilkan gambar foto. Tanpa cahaya, gambar foto tidak dapat dihasilkan.
2.2) Photography dikatakan seni kerana ia menghasilkan bahan yang boleh memberi pelbagai impak dan tafsiran terhadap kehidupan manusia.
2.3) Photography dikatakan amalan kerana kegiatan ini merupakan sebahagian dari keperluan dalam kehidupan dan kerja seharian. Ia mungkin dilakukan untuk memperingati atau merekodkan sesuatu bahan atau peristiwa.
3) Photography memerlukan alat yang dipanggil kamera untuk menghasilkan objek foto. Kamera berasal dari perkataan Latin iaitu Camera Obscura yang bermaksud bilik gelap. Kamera pertama di dunia dipercayai dihasilkan dalam abad ke 18.
4) Konsep Kamera sebenarnya bermula lebih awal dari itu iaitu di zaman seorang saintis muslim bernama Ibnu Al Haitham yang membuat kajian tentang cahaya dan penglihatan manusia.
5) Pada hari ini, kamera menjadi sebahagian dari gajet harian terutamanya setelah teknologi Telefon Pintar (Smart Phone) diperkenalkan. Namun, kamera jenis khusus masih diperlukan untuk menghasilkan gambar foto berkualiti tinggi.
6) Hampir kesemua jenis kamera yang ada di pasaran pada hari ini, samada khusus atau terbina dalam alat lain, adalah berasaskan teknologi digital. Maksudnya, kamera digital mempunyai komponen elektronik yang sensitif terhadap cahaya dipanggil Photo Sensor (Pengesan Foto). Sensor inilah yang mengesan cahaya dan menukarkannya kepada maklumat cahaya yang dipanggil pixel (Melayu: piksel) iaitu singkatan kepada perkataan picture element..
7) Jumlah piksel menentukan kualiti maklumat foto. Atas sebab inilah, Telefon Pintar seperti iPhone dijual pada harga yang mahal kerana sensor yang ada padanya berupaya menyimpan saiz piksel yang besar.
8) Secara umumnya, apabila kita mahu membandingkan fungsi kamera, kita akan melihat ciri-ciri berikut
8.1) Resolusi, iaitu ukuran lebar dan tinggi imej dalam unit piksel, contoh 3264 x 2448 piksel
8.2) Jumlah piksel, iaitu hasil darab lebar dan tinggi imej dalam unit piksel, contoh 7.99 Mega Piksel (MP)
8.3) ISO, iaitu ukuran sensitiviti sensor kamera, contoh 100, 200, 400, 800, 1600, 3200 dll
8.4) Ciri sokongan seperti Auto Focus, Timer, Digital Zoom, Image Stabilizer, High Dynamic Range, Panorama dan Face Detection.

.
LATIHAN

1) Apakah resolusi maksimum untuk kamera anda?

2) Apakah Genre Fotografi yang anda minati?

3) Apakah fungsi kamera anda yang selalu digunakan? Adakah anda telah menggunakan kesemua fungsi kamera yang ada?
.

Post a Comment

2 Comments



  1. 1) Apakah resolusi maksimum untuk kamera anda?

    ReplyDelete


  2. 1) Apakah resolusi maksimum untuk kamera anda?

    8.1) Resolusi, iaitu ukuran lebar dan tinggi imej dalam unit piksel, contoh 3264 x 2448 piksel

    2) Apakah Genre Fotografi yang anda minati?
    . Maksudnya, kamera digital mempunyai komponen elektronik yang sensitif terhadap cahaya dipanggil Photo Sensor (Pengesan Foto). Sensor

    3) Apakah fungsi kamera anda yang selalu digunakan? Adakah anda telah menggunakan kesemua fungsi kamera yang ada?
    Jumlah piksel menentukan kualiti maklumat foto. Atas sebab inilah, Telefon Pintar seperti iPhone dijual pada harga yang mahal kerana sensor yang ada padanya berupaya menyimpan saiz piksel yang besar.

    ReplyDelete