About Me

header ads

Camera FV-5 Tutorial 1




.
Camera FV-5 Tutorial 1
Tutorial ini menggunakan aplikasi Camera FV 5 Lite dijalankan di atas platform Android.
Camera FV-5 Lite menyediakan beberapa laman pengenalan yang akan dipaparkan sebaik sahaja apps ini dijalankan buat pertama kali.
Pengenalan
Screenshot_2014-01-02-10-04-44[1].png
Swipe laman ini untuk terus mengikutinya.
Screenshot_2014-01-02-10-04-52[1].png
Untuk mengambil gambar, tap skrin untuk mendapatkan bantuan auto focus. Secara default, Camera FV-5 Lite akan menjalankan fungsi auto focus secara automatik melainkan anda telah mengubah settings.
Screenshot_2014-01-02-10-04-57[1].png
Pada bahagian bawah skrin Camera FV-5 Lite terdapat bar Kawalan Utama, Main Controls. Guna Main Controls untuk menetapkan kawalan kamera sebelum mengambil foto. Kawalan yang boleh ditetapkan adalah:
  • White Balance
  • Focus Mode
  • Metering Mode
  • ISO
  • Exposure Compensation
Screenshot_2014-01-02-10-05-02[1].png
Menu Membidik, Shooting Menu disediakan untuk memberikan alat tambahan (additional tools) seperti Exposure Bracketing dan Intervalometer (kawalan sela masa bagi membidik foto).
Screenshot_2014-01-02-10-05-07[1].png
Parameter Kamera, Camera Parameter dipaparkan di skrin bagi membolehkan pengguna mengetahui Settings yang telah tersedia.
Paparan mengandungi:
Nilai Aperture.
Nilai Kelajuan Shutter.
Nilai ISO.
Baki jumlah gambar yang boleh diambil
Screenshot_2014-01-02-10-05-12[1].png
Untuk Zoom, gunakan gerakan jari pinch iaitu meleretkan dua jari menjauhi di antara satu sama lin.
Screenshot_2014-01-02-10-05-19[1].png
Tetapan Kamera, Camera Settings boleh diperolehi dengan memilih butang bersimbolkan gear.
Sekiranya anda mahu melihat Halaman Pengenalan ini, tap buttang Settings (simbol gear) dan pilih Show Tutorial.
Screenshot_2014-01-02-10-10-56[1].png

.

Post a Comment

0 Comments