About Me

header ads

Kesan Kekalahan Parti AKP Di Istanbul


.
Parti AKP telah mendapat tamparan hebat ekoran kekalahannya di Istanbul dalam sesi kiraan semula undian dalam Pilihanraya Bandar Istanbul.

Pilihanraya Bandar Istanbul diadakan pada 31 Mac yang lalu. Ia menyaksikan pertandingan di antara Parti AKP dan Parti CHP. Ekrem Imamoglu yang mewakili Parti Rakyat Republikan (CHP), telah memenangi pilihanraya tempatan Istanbul dengan memperolehi 48.8% undi berbanding Binali Yildrim yang mewakili Parti Keadilan dan Pembangunan (AK Parti) yang mendapat 48.6% undi.

Pilihanraya semula 23 Jun terpaksa diadakan setelah Lembaga Tertinggi Pilihanraya Turki membatalkan keputusan pilihanraya 31 Mac di atas dakwaan berlaku penipuan dalam proses pengundian.

Terkini kiraan semula pada 23 Jun 2019 mendapati CHP telah mendahului AKP sebanyak 54% undi berbanding 45% undi yang diperolehi Yildrim dengan majoriti yang lebih besar iaitu 9%, berbanding majoriti tipis 0.2% yang diperolehinya dalam pilihanraya Mac yang lalu.

"Berdasarkan keadaan sekarang, pencabar saya Imamomuglu (calon CHP) telah mendahului. Tahniah kepada beliau", kata Yildirim (calon AKP).

Istanbul adalah bandar terpenting di Turki.

Recept Tayyib Erdogan, bekas Datuk Bandar Istanbul di era 90an pernah berkata "Siapa yang kalah di Istanbul akan kalah di Turki".

CHP adalah Parti Sekular yang diasaskan oleh Mustapha Kamal, pemimpin tentera yang telah menjatuhkan sistem Khalifah Uthmaniyah Turki dan menubuhkan Republik Sekular Turki.

Apakah ini petanda bermulanya peralihan kepada penguasaan ideologi Sekular Kemalis di Turki?


 https://www.aljazeera.com/news/2019/06/erdogan-candidate-concedes-defeat-istanbul-vote-190623162700306.html

Post a Comment

0 Comments