About Me

header ads

[famili] Awas Paket Ghost Smoke Candy Yang Mengelirukan

perhatikan tulisan pada kotak berbunyi Chost Smoke ***


.

[famili] Paket Ghost Smoke Dirampas Di Pulau Pinang


GEORGE TOWN, 30 Julai (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang merampas 14 unit gula-gula Ghost Smoke Cool Fruit Powder dalam pemeriksaan di sebuah premis perniagaan di Bukit Tengah, dekat sini semalam.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Pulau Pinang Chin Ching Chung, sepasukan anggota penguat kuasa telah menjalankan operasi bermula pukul 10 pagi di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) sebelum mendapati premis perniagaan berkenaan menjual gula-gula tersebut.

"Sebanyak 14 unit gula-gula Ghost Smoke Cool Fruit Powder termasuk dokumen berkaitan seperti invois belian telah disita untuk tujuan siasatan. Siasatan awal mendapati semua produk yang disita itu disyaki menggunakan perihal dagangan palsu dan meragukan," katanya hari ini.

Chin berkata pihaknya turut merekodkan keterangan pemilik premis perniagaan itu dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 5 (1) (b) Akta Perihal Dagangan 2011.

Katanya sejak bermulanya arahan pemeriksaan iaitu pada 23 Julai sehingga kini, KPDNHEP Pulau Pinang telah membuat 59 pemeriksaan premis bagi produk Ghost Smoke Cool Fruit Powder di seluruh negeri.

Chin berkata pemeriksaan dijalankan di semua peringkat antaranya pemborong, peruncit serta penjaja di sekitar kawasan sekolah di seluruh Pulau Pinang dan setakat ini hanya satu premis didapati menjual gula-gula tersebut.

"Pihak KPDNHEP Pulau Pinang akan sentiasa memantau dari semasa ke semasa berhubung penjualan gula-gula itu dan orang ramai juga diminta memberi kerjasama sekiranya mempunyai maklumat berkaitan penjualan Ghost Smoke Cool Fruit Powder di sekitar kawasan kediaman mereka," katanya.

Katanya para peniaga juga dinasihatkan agar mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak menjual gula-gula tersebut.

Media sebelum ini melaporkan kebimbangan ibu bapa berhubung penjualan gula-gula Ghost Smoke yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut.

.

Post a Comment

0 Comments