About Me

header ads

[misi] Projek Masjid, Quran dan Qurban Dari Malaysia Untuk Papua New Guinea

ISRA’ adalah badan bukan kerajaan (NGO) pertama dari Malaysia menjayakan misi itu di Papua New Guinea.
.

[misi] Projek Masjid, Quran dan Qurban Dari Malaysia Untuk Papua New Guinea


PENERIMAAN penduduk terhadap Islam yang semakin positif ‘menggamit’ Yayasan Isra’ Malaysia (ISRA’) menjalankan Misi Qurban Care 4 Ummah 2019 di Papua New Guinea pada 9 hingga 13 Ogos ini.

Pengerusinya, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, peningkatan penganut Islam adalah faktor utama negara di kepulauan Oceania itu menjadi pilihan lokasi pihaknya menjalankan misi berkenaan.

Katanya, difahamkan berdasarkan rekod pada 2001 penganut agama itu di negara berkenaan hanya seramai 500 orang.

“Namun, jumlah itu bertambah kepada 5,000 pada 2012 daripada kira-kira tujuh juta penduduk.

“Kita percaya angka ini kini semakin bertambah dan diharap usaha dakwah dilakukan nanti akan menyuburkan lagi syiar Islam di negara berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, misi ISRA’ ke negara itu akan turut menyampaikan sumbangan pembinaan masjid dianggarkan bernilai RM50,000 bagi kegiatan keagamaan dan aktiviti dakwah penduduk.

“Bagi tujuan ini kita masih memerlukan kira-kira RM20,000. Pihak kami berharap usaha ini dibantu umat Islam di negara ini untuk merealisasikan pembinaan masjid bagi penduduk di sana.

“Selain itu, ISRA’ juga akan menyerahkan sumbangan wakaf kira-kira 1,000 al-Quran yang setiap satu bernilai RM30 kepada mualaf sempena ibadah korban diadakan di sana nanti,” katanya.

Ahmad Tarmizi berkata, pihaknya turut mengalu-alukan penyertaan orang ramai dalam ibadah korban di Papua New Guinea.

“Bagi tujuan ini ISRA’ menawarkan lembu RM800 bagi satu bahagian dan seekor kambing RM750.

“Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan atau menyertai ibadah ini boleh berbuat demikian menerusi akaun Yayasan Isra’ Malaysia 5520 9523 0206 (Maybank) atau menghubungi talian 014 3388099 untuk maklumat lanjut,” katanya.

Katanya, ISRA’ adalah badan bukan kerajaan (NGO) pertama dari Malaysia menjayakan misi itu di Papua New Guinea.
.

Post a Comment

0 Comments