.
[Isu] Gempa bumi gegar Filipina, 51 cedera
MANILA: Sekurang-kurangnya 51 orang cedera manakala beberapa rumah, gereja dan bangunan musnah dalam gempa bumi berukuran magnitud 5.8 yang melanda selatan Filipina pagi Sabtu.
Lapor AFP, gempa yang menggegarkan bandar Carrascal di Surigao sekitar jam 4.42 pagi pada kedalaman lima kilometer dengan Institut Volkanologi dan Sismologi Filipina (Phivolcs) juga merekodkan tujuh gegaran susulan.
Gegaran dirasai di bandar Butuan, Tandag dan Cagayan de Oro; Misamis Oriental di selatan Filipina dan bandar Cebu, tengah Filipina.
Filipina yang terletak di Lingkaran Api Pasifik, cenderung mengalami bencana alam berbentuk aktiviti seismik.
Gempa bumi yang paling dahsyat di negara berkenaan berlaku pada April lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang dalam gempa berukuran 6.3 magnitud melanda wilayah di utara ibu kota Manila.
.
Sumber: http://www.astroawani.com/berita-dunia/gempa-bumi-5-8-magnitud-gegar-filipina-51-cedera-212589
Gambar: http://english.alarabiya.net/en/News/world/2019/07/13/Quake-rocks-southern-Philippines-leaving-25-injured.html
0 Comments