About Me

header ads

[Isu] Bersediakah lepasan SPM untuk mengundi?

Adakah tahap pemikiran mereka sudah bersedia untuk berbuat sedemikian?


.

[Isu] Bersediakah lepasan SPM untuk mengundi?


Usul meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan warganegara berumur 18 tahun layak mengundi, daripada 21 tahun sebelum ini, sedang dibentangkan di Parlimen dan jika diluluskan, kemungkinan mereka berusia 18 tahun itu boleh mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Kepada Ahli Parlimen yang bakal membahaskan isu ini, hendaklah memikirkan secara mendalam kesannya apabila budak lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah boleh turun mengundi sedangkan tahap kematangan mereka dalam banyak hal apatah lagi politik serta hal ehwal negara, masih kurang memuaskan.

Betul beberapa negara lain sudah menurunkan had umur kepada 18 tahun selepas 1970-an seperti di United Kingdom (1969/70), Eropah Barat (1970-an), Amerika Syarikat (1971), Kanada, Jerman (1972), Australia, Perancis (1974), diikuti India, Pakistan, New Zealand dan semua negara di Amerika Latin, Afrika dan Asia pada 1980-an serta Jepun negara yang terakhir pada 2016.

Tetapi tahap pemikiran remaja di negara kita masih belum bersedia untuk berbuat demikian dengan sistem pendidikan pun masih bercelaru. Tanyalah isu semasa dengan budak lepasan SPM, amat sukar untuk menjawab apatah lagi mereka ini golongan yang kurang membaca kecuali menghafal serta membaca semata-mata untuk menghadapi SPM. Lainlah bagi mahasiswa di universiti dengan tahap pemikiran mula matang.

Diolah dari : https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2019/06/578528/bersediakah-lepasan-spm-untuk-mengundi

Benarkah Mereka Telah Matang?



Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mewujudkan kempen kesedaran yang dipanggil Undi Lapan Belas. Ia adalah kempen kesedaran di Malaysia, untuk menurunkan umur kelayakan mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun. Belia 18 tahun berhak untuk mengundi.

Kempen ini mengetengahkan lima sebab mengapa umur undi harus diturunkan kepada 18 tahun.

Walaupun niat KBS ini adalah untuk menunjukkan bahawa umur 18 tahun sudah matang dan bertanggungjawab sinisnya hiasan yang dipaparkan pada laman tersebut berbentuk kartun dan kebudak2kan. Sekaligus menimbulkan tandatanya, "benarkah mereka ini sudah matang?".

Anda lihat kartun2 di bawah dan nilaikan sendiri.

.
Sumber: https://www.undilapanbelas.my/mengapa-18


.

Post a Comment

1 Comments

  1. Casino Royale - Live Dealer Games - Virgin Games
    Casino Royale ford escape titanium is https://septcasino.com/review/merit-casino/ a live casino with a large, eclectic portfolio https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ of casino septcasino.com games. Players can play this game with communitykhabar live dealers,

    ReplyDelete