Misi dakwah dan korban diteruskan lagi pada hari ini (10/8/2019) ke Mt. Hagen, lokasi pembinaan pusat dakwah serta ibadah korban ISRA'. Perjalanan ke bandar ketiga terbesar di Papua New Guinea dan sejauh 513 km dari Port Moresby akan mengambil masa 1 jam 15 minit dengan menaiki pesawat jenis Fokker. Mt. Hagen terletak di lembah Wahgi, Western Highlands Province yang subur seta dikedudukan 1777 m dri paras laut. Mt Hagen ini mempunyai jumlah penduduknya seramai lebih kurang 46,000 orang.
Kedudukan dan masa perjalanan ke Mt Hagen dari Port Moresby |
Seawal 4 pagi lagi kami bersiap dan bersolat subuh Subuh berjemaah di Masjid Hohola, di Port Moresby sebelum bergerak ke lapangan terbang. Penerbangan ke Mt. Hagen dijadualkan pada pukul 9 pagi waktu tempatan. Seperti yang dicatatkan dalam siri sebelum ini, kos sara hidup di Papua New Guinea ini sangat mahal!. Bayangkan tiket pergi balik untuk penerbangan dari Port Moresby ke Mt Hagen yang jaraknya lhampir antara Johor Bahru ke Kota Bharu dijual pada kadar K1400 (RM 1800), suatu jumlah yang sangat mahal bagi ahli misi yang menggunakan perbelanjaan dari poket sendiri. Namun, demi kerja dakwah, delegasi ini sanggup bekorban bukan hanya masa dan tenaga, malahan wang ringgit juga. Semoga amal dan pengorbanan ini diterima oleh Allah dan menjadi asbab untuk kami dikurniakan ganjaran sebaik- baiknya.
Walaupun keletihan dengan jadual yang padat dan kekurangan rehat pada hari pertama, namun delegasi bersemangat meneruskan misi dakwah ke Mt Hagen. |
Sejurus tiba di Lapangan terbang Kagamuga, Mt Hagen yang sejuk dan nyaman, kami singgah sebentar di penginapan untuk check-in serta meletakkan barangan peribadi. Tanpa membuang masa, kami meneruskan misi dakwah ini dengan melihat sekitar bandar. Disini kami dibawa melihat aktiviti ekonomi penduduk tempatan yang rata- ratanya menjadi penjual buah dan sayur. Suhu dan persekitaran di Mt Hagen ini sama seperti cuaca di tanah tinggi di Malaysia, Cameron Highland. Maka, bukanlah menjadi suatu yang asing bagi kami apabila kami menemui pelbagai sayuran dn buah- buahan segar yang sama terdapat di Cameron Highland. Buah- buahan segar seperti strawberi didapati dengan banyakknya dipasar ini. Satu perkara yang menarik perhatian penulis,apabila dimaklumkan oleh sdr Mohamad bahawa semua sayur- sayuran dan buah- buahan yang dijual di Mt Hagen ini hanya dijual segar setiap hari. Semua hasil tanaman yang tidak langsung menggunakan racun perosak hanyalah dipetik dan dijual pada hari yang sama. Ianya tidak akan disimpan untuk keesokan harinya, demi memastikan kualiti jualan mereka. Keyakinan penduduk tempatan pada kualiti dan kebersihan produk tanaman ini yang bebas dari racun ditunjukkan melalui cara makan. Mereka terus memakan buah- buahan tanpa rasa ragu- ragu atau takut tentang kebersihan buah itu dari racun.
Delegasi misi bersama Sdr. Mohamad turut mengambil peluang bertemu dan melakukan street dakwah kepada penduduk tempatan. Kami menyampaikan risalah Islam serta al- Quran terjemahan kepada beberapa individu yang kami dimaklumkan sedang mencari maklumat berkaitan dengan Islam ini. Penerimaan masyarakat setempat yang mendengar penerangan tentang Islam serta berinteraksi dengan baik terhadap usaha kami ini menyebabkan kami teruja dan percaya bahawa Islam semakin diterima didalam hati- hati masyarakat sini. Potensi kita untuk mendapat saham akhirat disini semakin tinggi. Apa yang perlu usaha dan sokongan yang berterusan dari semua pihak muslim diluar Papua New Guinea.
Perjalanan kami diteruskan untuk menemui sebahagian saudara muslim di perkampungan Tomba Gland, salah satu dari lima perkampungan muslim yang terdapat di Mt. Hagen. Lain- lain perkampungan yang mempunyai penduduk muslim ialah Wimbika, Jiwaka, Ingiki dan Anga. Difahamkan terdapat lebih kurang 50 saudara muslim dari keseluruhan sekitar 300 muslim yang tinggal di Tomba Gland ini. Untuk kesana, kami menyewa sebuah van yang agak lama usianya dengan kadar sewaan K 300 sehari (mahal semuanya disini!). Perjalanan kami mencabar apabila hampir sepanjang jalan ke Tomba Gland, kami seolah- olah menaiki kuda, disebabkan permukaan jalannya yang tidak rata. Debu- debu jalan yang berbatu ini boleh menyesakkan nafas kepada pengidap penyakit asma. Penghawa dingin kereta pula seolah- olah malas untuk menaburkan baktinya kepada kami. Justeru, tidaklah menjadi suatu yang mengejutkan jika jarak perjalanan in yang hanya sejauh 40 km dari tempat penginapan telah mengambil masa satu jam untuk sampai. Namun, sambutan mesra dan baik dari penduduk kampung ini menghilangkan rasa penat kami. Sdr. Mohamad telah membawa delegasi ke tapak pembinaan pusat dakwah di Tomba Gland ini. Pusat dakwah ini merangkumi musolla, rumah imam serta tandas dan tempat berwudhu'. ISRA' dan juga Yayasan al-Faqeh serta Group FB Titian Kasih telah menyumbang hampir RM 40 ribu dari anggaran keseluruhan kos pembinaan projek ini, iaitu RM 50 ribu. Dimasa akan datang, sdr Mohamad merancang untuk membina sekolah dua tingkat yang menempatkan kelas pengajian dan juga kelas komputer.
Setelah meluangkan masa hampir tiga jam berinteraksi serta menyampaikan dakwah berkenaan Islam kepada penduduk, badan dan minda pun memberi signal keletihan dan memerlukan rehat, Kami membuat keputusan pulang ke penginapan untuk berehat dan makan malam. Namun, rasa keterujaan mendapat respon positif penduduk dan memikirkan tentang tugasan yang belum selesai menyebabkan kami terus "berjuang" demi misi ini. Tanpa berlengah, seusai solat jamak taqdim serta makan malam, kami terus berbincang mengatur perjalanan program kemuncak misi ini yang akan berlangsung pada keesokan harinya, iaitu program korban dan dakwah serta serahan sumbangan rakyat Malaysia untuk pembinaan pusat dakwah.
Apa yang dapat diperhatikan, masing- masing ahli delegasi tetap ceria dan bersemangat untuk menempuhi misi kemuncak ini. Walaupun berada jauh dari keluarga masing- masing untuk menyambut Eid Adha, kami tetap ceria dan bergembira menyambut Eid Adha di bilik penginapan yang kecil, tanda keakraban sesama kami yang terjalin. Takbir raya tetap bergema dari kami berlima sehinggalah masing- masing pulang kebilik masing- masing untuk melelapkan mata dan berehat sebelum menyambung tugasan untuk esok.
Jualan sayur- sayuran dan buah- buahan segar pasar Mt. Hagen |

Kami turut menghadiahkan saudara John Pas senaskah al-Quran terjemahan dan bahan bacaan Islam kepada beliau yang mula berjinak- jinak dengan Islam. |
Perjalanan kami diteruskan untuk menemui sebahagian saudara muslim di perkampungan Tomba Gland, salah satu dari lima perkampungan muslim yang terdapat di Mt. Hagen. Lain- lain perkampungan yang mempunyai penduduk muslim ialah Wimbika, Jiwaka, Ingiki dan Anga. Difahamkan terdapat lebih kurang 50 saudara muslim dari keseluruhan sekitar 300 muslim yang tinggal di Tomba Gland ini. Untuk kesana, kami menyewa sebuah van yang agak lama usianya dengan kadar sewaan K 300 sehari (mahal semuanya disini!). Perjalanan kami mencabar apabila hampir sepanjang jalan ke Tomba Gland, kami seolah- olah menaiki kuda, disebabkan permukaan jalannya yang tidak rata. Debu- debu jalan yang berbatu ini boleh menyesakkan nafas kepada pengidap penyakit asma. Penghawa dingin kereta pula seolah- olah malas untuk menaburkan baktinya kepada kami. Justeru, tidaklah menjadi suatu yang mengejutkan jika jarak perjalanan in yang hanya sejauh 40 km dari tempat penginapan telah mengambil masa satu jam untuk sampai. Namun, sambutan mesra dan baik dari penduduk kampung ini menghilangkan rasa penat kami. Sdr. Mohamad telah membawa delegasi ke tapak pembinaan pusat dakwah di Tomba Gland ini. Pusat dakwah ini merangkumi musolla, rumah imam serta tandas dan tempat berwudhu'. ISRA' dan juga Yayasan al-Faqeh serta Group FB Titian Kasih telah menyumbang hampir RM 40 ribu dari anggaran keseluruhan kos pembinaan projek ini, iaitu RM 50 ribu. Dimasa akan datang, sdr Mohamad merancang untuk membina sekolah dua tingkat yang menempatkan kelas pengajian dan juga kelas komputer.
Bersama penduduk kampung Tomba Gland ditapak pembinaan Pusat Dakwah. |
Nama Mt. Hagen ini bersempena dengan nama gunung yang berada dibelakang penulis, gunung hagen |
Setelah meluangkan masa hampir tiga jam berinteraksi serta menyampaikan dakwah berkenaan Islam kepada penduduk, badan dan minda pun memberi signal keletihan dan memerlukan rehat, Kami membuat keputusan pulang ke penginapan untuk berehat dan makan malam. Namun, rasa keterujaan mendapat respon positif penduduk dan memikirkan tentang tugasan yang belum selesai menyebabkan kami terus "berjuang" demi misi ini. Tanpa berlengah, seusai solat jamak taqdim serta makan malam, kami terus berbincang mengatur perjalanan program kemuncak misi ini yang akan berlangsung pada keesokan harinya, iaitu program korban dan dakwah serta serahan sumbangan rakyat Malaysia untuk pembinaan pusat dakwah.
Apa yang dapat diperhatikan, masing- masing ahli delegasi tetap ceria dan bersemangat untuk menempuhi misi kemuncak ini. Walaupun berada jauh dari keluarga masing- masing untuk menyambut Eid Adha, kami tetap ceria dan bergembira menyambut Eid Adha di bilik penginapan yang kecil, tanda keakraban sesama kami yang terjalin. Takbir raya tetap bergema dari kami berlima sehinggalah masing- masing pulang kebilik masing- masing untuk melelapkan mata dan berehat sebelum menyambung tugasan untuk esok.
Sudah sunnah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri
Biasanya para pejuang
Rumah mereka merata- rata
Rezekinya tidak menentu
Tidur baringnya tak berwaktu
Rezekinya tidaklah menentu
Tidur baringnya tak berwaktu
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri
Biasanya para pejuang
Rumah mereka merata- rata
Rezekinya tidak menentu
Tidur baringnya tak berwaktu
Rezekinya tidaklah menentu
Tidur baringnya tak berwaktu
(Lirik nasyid sunnah berjuang, Rabbani)
* Penulis, Dr. Mukhtaruddin, merupakan AJK Yayasan ISRA' Malaysia (ISRA') & koordinator Projek Dakwah Papua New Guinea
0 Comments