About Me

header ads

Bangkit pertahan Islam – Mufti WP

Kita harus bersatu agar Islam tidak akan tergugat dan dipandang rendah oleh tafsiran sesetengah pihak yang tidak berpijak kepada asas serta fakta ilmiah berlandaskan Islam

Bangkit pertahan Islam – Mufti WP

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Umat Islam diseru bangkit dan tidak mudah terpengaruh dengan propaganda segelintir pihak yang berniat mematahkan teras perpaduan ummah di negara ini.

Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Muhammad berkata, perpa­duan merupakan kunci kepada pembentukan jati diri yang berteraskan kesucian Islam dan perlu dijadikan agenda utama dalam menyemarakkan semangat keharmonian dalam kalangan rakyat.


Katanya, tragedi dan kekejaman yang berlaku di seluruh dunia yang melibatkan negara-negara Islam harus dijadikan pedoman supaya tia­da pihak yang dengan mudah memperkotak-katikkan agama Islam.

“Kita harus berpatah balik kepada ajaran junjungan kita, Nabi Muhammad SAW bagi mengelakkan perpe­cahan dalam kalangan umat Islam.

“Ummah yang terbaik adalah masyarakat yang sentiasa berusaha menggembleng tenaga ke arah memperkasa perpaduan negara,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Forum Maal Hijrah 2014, di sini hari ini.

Program yang mengangkat tema ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ itu bertujuan memimpin umat Islam di negara ini ke arah kesepaduan yang jitu terutamanya menangkis cubaan pihak tertentu yang cuba memecahbelahkan umat Islam.

Program tersebut diteruskan de­ngan majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena sambutan Maal Hijrah tahun 1436 yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Tambah Zulkifli, umat Islam di negara ini perlu bersatu mendukung usaha menyatupadukan masyarakat dengan semangat ilmu serta keharmonian.

“Kita harus bersatu agar Islam tidak akan tergugat dan dipandang rendah oleh tafsiran sesetengah pihak yang tidak berpijak kepada asas serta fakta ilmiah berlandaskan Islam,” katanya.


Penafian: Semua Komen di bawah tidak mencerminkan pendirian atau pandangan Utusan, ia merupakan pandangan peribadi penulis.

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/bangkit-pertahan-islam-8211-mufti-wp-1.16604

Post a Comment

0 Comments