About Me

header ads

[isu] Apakah Belt And Road Initiative (BRI)


1. Bila Ia Diperkenalkan?

Inisiatif Jalur Dan Jalan (Belt And Road Initiative, BRI) diisytiharkan oleh Presiden China Xi Jinping pada bulan Oktober 2013 ketika beliau dalam rangka lawatan ke Asia dan Asia Tenggara.

2. Apa Tujuannya?

Pada asasnya, ia adalah satu inisiatif untuk membantu negara2 dunia membangunkan negara masing-masing dalam persekitaran Sistem Ekonomi Terbuka dan Globalisasi Perdagangan Bebas.

3. Apa Hasratnya?

Inisiatif BRI turut dikaitkan dengan "Chinese Dream" (Impian China) yang pernah disebut oleh Xi JinPing, Presiden Negara China dan juga Setiausaha Agung Parti Komunis China.

4. Apa Ruang Lingkupnya?

BRI meliputi 5 aspek:
4.1. Penyelarasan Polisi
4.2. Penyambungan Prasarana
4.3. Dagangan Tanpa Halangan
4.4. Penyepaduan Kewangan
4.5. Hubungan Rakyat


5. Siapa Yang Akan Terkesan Dengannya?

Terdapat 6 Koridor Ekonomi yang terlibat iaitu:
5.1. Hubungan Jalan Eurasian
5.2. China-Mongolia-Rusia
5.3. China-Asia Tengah-Asia Barat
5.4. China-Semenanjung IndoChina
5.5. China-Pakistan
5.6. Bangladesh-China-India-Myanmar


6. Siapa Yang Akan Melaksanakannya?

18 Wilayah di China telah diberikan peranan khusus untuk menjayakan inisiatif ini.




7. Siapa Saingannya?

Inisiatif BRI mempunyai saingan global seperti berikut:
7.1. Jalan Sutera US - Pada bulan Jun 2011, Hillary Clinton, Setiausaha Kerajaan US mengumumkan  Inisiatif Jalan Sutera Baru.
7.2. Kesatuan Eurasian - Pada bulan Oktober 2011, Vladimir Putin, Perdana Menteri Rusia, mengumumkan Kesatuan Eurasian untuk menghubungkan Asia dan Eropah.
7.3. Projek Mausam - Pada bulan April 2014, projek Mausam (berasal dari perkataan Arab Mausim yang berkaitan dengan pelayaran) bertujuan untuk mewujudkan kerjasama serantau di kalangan negara-negara di persisiran Lautan Hindi.



RUJUKAN:
https://www.arx.cfa/~/media/451EE6C4550044C6A4C66B4B6F27E9E5.ashx











Post a Comment

0 Comments