.
Tujuan kita menulis adalah untuk berkongsi maklumat dengan pembaca lain.
.
Untuk membolehkan tulisan kita dibaca dengan penuh minat dan keseronokan, tulisan kita mestilah mempunyai ciri-ciri tertentu yang menarik perhatian pembacanya.
.
Katakan anda mahu menulis untuk khalayak media sosial, 2 perkara yang perlu diambil kira ialah topik semasa dan bentuk popular writing ie tulisan yang tidak terlalu formal, santai, ringkas dan mudah kosa katanya.
.
Cara paling mudah untuk mahir di dalam dua hal di atas adalah dengan memerhatikan apa yang telah ditulis oleh orang lain supaya kita faham bagaimana perkataan dan ayat disusun untuk menyampaikan sesuatu idea dan kita dapat memilih perkataan atau gaya susunan perkatan yang sesuai dengan pembaca sasaran.
.
Di mana hendak dicari bahan seumpana di atas? Paling mudah, perhatikan portal maklumat sedia ada seperti berikut:
1) https://www.bernama.com/bm/index.php (berita nasional dan pandangan neutral)
2) https://www.bharian.com.my/ (berita nasional dan tempatan)
3) https://www.sinarharian.com.my/ (isu semasa dan isu tempatan)
4) https://www.malaysiakini.com/my (berita nasional dari garapan alternatif)
5) https://www.kosmo.com.my/ (tabloid)
6) https://www.hmetro.com.my/ (tabloid)
7) https://www.mstar.com.my/ (tabloid)
.
Tujuh sumber di atas sudah memadai untuk mendedahkan anda kepada pelbagai bentuk pemilihan perkataan dan penggayaan bahasa. Bermula dari berita BERNAMA yang bersifat nasional dan neutral (hingga kadang-kadang disebut berita tiada perasaan) hinggalah ke tahap tabloid seperti MSTAR yang bersifat sempoi dan sensasi.
.
Anda perlu berlatih membaca sumber ini secara konsisten setiap hari. Jika anda tak mampu membaca kesemuanya, pilih satu bidang (niche) yang anda minati dan ikuti perkembanganya setiap hari. Lama-kelamaan anda akan terdedah dengan lebih mendalam kepada perkataan dan gaya yang sering digunakan.
Kalau anda sangat kesuntukan masa, anda boleh menggunakan portal agregat seperti berikut:
- https://www.msn.com/en-my/news/bahasa
- https://news.google.com/topstories?hl=en-MY&gl=MY&ceid=MY:en
- https://malaysia.yahoo.com/
Portal seperti ini mempunyai dua kelebihan. Pertamanya, ia seumpama pusat sehenti iaitu artikel dari pelbagai sumber dirangkum di sini. Keduanya, ia telah menyaring artikel di mana kebanyakan artikel yang disiarkan adalah artikel yang sedang popular. Maksudnya, kebarangkalian konten tulisan anda akan mendapat sambutan tinggi lebih baik sekiranya anda menulis konten yang sedang popular.
.
Selepas mendapat pendedahan ini, anda boleh mula menulis. Pada peringkat awal, anda mungkin perlu meniru sedikit sebanyak dari sudut pengolahan cerita. Tetapi setelah beberapa ketika nanti, apabila sudah mendapat rentak, anda tentunya sudah boleh menghasilkan penulisan yang mudah difahami dan menarik hati pembaca.
.
Perjalanan yang panjang bermula dari langkah pertama. Langkah pertama dalam menulis adalah membaca. Mulakan tabiat membaca sekarang. 😊
.
CikguRazzi
0 Comments