About Me

header ads

Maksud Image Resolution




.
Maksud Image Resolution
1) Image Resolution bermaksud saiz sesebuah imej yang diukur melalui jumlah piksel (English:Pixel). Contohnya 3264 lebar x 2448 tinggi piksel. Oleh itu, jumlah piksel adalah hasil darab lebar dan tinggi contohnya 3264 x 2448 =  7.99 Mega Piksel (MP).
2) Semakin tinggi jumlah piksel, semakin banyak maklumat imej. Maka kualiti imej akan menjadi lebih baik. Pada masa yang sama saiz fail imej akan menjadi semakin besar dan akan mengambil ruang simpanan yang lebih besar.
3) Kadangkala pengguna akan mendapati imej yang diambil menggunakan fon pintar kelihatan tajam dalam paparan fon pintar tetapi menjadi kabur apabila dipindahkan ke dalam komputer. Hal ini adalah disebabkan perbezaan saiz skrin fon dan komputer/laptop. Saiz skrin komputer adalah berkali ganda lebih besar dari saiz skrin fon. Apabila imej dari fon dipaparkan di komputer, saiz imej itu akan dibesarkan. Sekiranya jumlah pikselnya rendah, imej yang dibesarkan itu akan menjadi kabur.
4) Hal yang sama juga berlaku sekiranya pengguna kamera profesional seperti DSLR membandingkan gambar foto di antara skrin kamera dan skrin komputer. Skrin kamera adalah kecil. Pengguna tidak akan dapat mengesan sebarang kecacatan kecil melalui skrin ini.
5) Oleh itu, jika anda mahu menyunting gambar foto di dalam komputer, pastikan imej anda mengandungi jumlah piksel yang tinggi supaya paparan kualitinya kekal baik.
.
LATIHAN:

1) Apakah resolusi imej maksima yang boleh dirakam oleh kamera anda?

2) Bagaimana anda menukar resolusi imej pada kamera anda?

3) Apakah medium sebaran yang anda selalu guna? Album Foto? Web? Instagram? Bahan Bercetak?

.

Post a Comment

0 Comments