About Me

header ads

Taktik Kempen Media Sosial 2019

Sedang mencari taktik bagi konten media sosial tahun 2019? 


Di sini dikongsikan beberapa taktik yang boleh anda cuba untuk menjayakan kempen anda:


1. Pendengar Sosial.

Adakalanya kita terlalu sibuk untuk menulis dan menerbitkan konten sehingga tidak sempat meninjau perbualan netizen. Sedangkan perbualan mereka mungkin mengandungi maklumat yang penting dan berguna untuk diadun ke dalam konten anda. Tinjauan akan mengambil masa. Gunakan alat2 online yang boleh mempercepatkan proses ini. Dengan menjadi seorang pendengar sosial, anda akan dapat mempelajari apa yang orang lain fikir dan bual tentang jenama anda, termasuk masalah yang mereka hadapi serta solusi yang sesuai untuk anda atasi hal ini. Ia akan membantu menjayakan kempen anda.

2. Live Video.

Live Video semakin menjadi tarikan utama terutamanya di dalam Facebook sehingga dikatakan enam kali ganda lebih tinggi dari video biasa. Sebelum membuat siaran live pastikan kandungan anda tulin, spontan dan benarkan penonton berinteraksi secar langsung dengan anda. Ia akan menarik perhatian mereka.

3. Chatbots.

Chatbot adalah satu kaedah di mana anda menyediakan jawapan yang kerap dicari pengguna dalam bentuk turutan soal/jawab pendek. Pengguna memilih perkara yang ingin mereka tahu dan anda akan berikan jawapan satu persatu. Dengan cara ini, pengguna akan merasa masalah mereka dijawab dengan penuh perhatian dari anda.

4. Direct Messaging.

Dalam keadaan persaingan kempen pemasaran pada hari ini, masing2 berebut untuk menarik perhatian prospeknya. Siapa yang cepat mendekati prospek dan membina hubungan, dia berpeluang meneroka peluang seterusnya. Salah satu caranya ialah menghantar mesej terus kepada sasaran. Facebook dan Whatsapp sebagai contoh, boleh menjadi alat yang berkesan untuk aktiviti Direct Messaging.

5. Augmented Reality

Augmented Reality dalam bahasa mudah bermaksud kesan yang ditambah pada rakaman foto video anda. Facebook kini sedang mempopularkan aplikasi Augmented Reality. Anda akan memperolehi kelebihan daya saing jika mula merintisnya sekarang.

Baca selanjutnya di: https://developers.facebook.com/blog/post/2018/05/01/ar-studio-create-distribute/


6. Konten Masa Terbatas.

Peminat dan pengikut anda tentunya tidak mahu ketinggalan mendapatkan maklumat terkini anda. Apa lagi jika masa menonton itu dihadkan, tentunya mereka akan berebut mengaksesnya dan sekaligus menaikkan populariti anda.

7. Konten Sumbangan Pengguna.

Konten yang disumbangkan pengguna adalah sangat berguna. Bagi sesebuah perniagaan, ia adalah cara percuma menghasilkan bahan kempen. Bagi seseorang selebriti, ia menjadi tanda peningkatan populariti. Pada masa yang sama, pengguna akan merasa dihargai kerana anda melibatkan mereka dalam kempen anda. Pendekatan Menang-Menang!

Disesuaikan dari: https://www.mediaplanet.com/us/blog/insights/7-social-media-tactics-for-2019


.

Post a Comment

1 Comments