Umat Islam Meningkat 500% Dalam Tempoh 10 Tahun, Allahu Akbar!.
PAPUA NEW GUINEA: FENOMENA PENINGKATAN MENDADAK PENGANUT ISLAM
(Kami mengalu2kan sumbangan melalui aplikasi online BillPlz: https://www.billplz.com/Dana_Wakaf_Masjid)
Papua New Guinea (PNG) adalah sebuah negara yang terletak di dalam sebuah pulau bernama Papua. Pulau Papua adalah pulau kedua terbesar di dunia selepas Greenland. Dikatakan nama Papua berasal dari gabungan papo (kesatuan) dan ua (bukan) yang bermaksud satu wilayah yang jauh dan tidak bersatu. Ia juga mungkin berasal dari perkataan Melayu pua-pua yang bermaksud keriting iaitu sifat rambut penduduknya.
Negara Papua New Guinea ditubuhkan pada tahun 1975. Sebelumnya ia ditadbir oleh Australia selama 60 tahun. Kebanyakan penduduknya tinggal di kawasan pedalaman. Hanya 18 peratus sahaja tinggal di pusat bandar. Terdapat 851 bahasa yang diketahui wujud di negara ini dan dikatakan 11 bahasa sudah pupus kerana tidak ditemui masyarakat yang menuturkannya. Terdapat kelompok masyarakat yang masih belum dihubungi oleh dunia luar dan para pengkaji percaya masih ada flora dan fauna yang belum diterokai.
Dari segi sejarah, penduduk PNG pernah berdagang dengan Negara China dan Empayar Melayu semenjak kurun ke 16. Dipercayai Islam tersebar ke PNG melalui interaksi dengan Empayar Melayu. Pusat Islam PNG yang pertama ditubuhkan pada tahun 1988 dan diikuti tiga lagi pusat pada tahun 1996.
Kebelakangan ini jumlah penganut Islam di PNG telah meningkat secara mendadak. Pada tahun 2001, tinjauan mendapati terdapat seramai 500 orang Muslim di negara ini. Pada tahun 2007, dianggarkan jumlah ini telah meningkat ke 2,000 orang. Pada tahun 2008, dilaporkan terdapat lebih 4,000 orang Muslim. Malah dilaporkan "seluruh penduduk kampung memeluk Islam serentak". Pada tahun 2012, dianggarkan jumlah penganut Muslim seramai 5,000 orang. Ia adalah peningkatan 500% semenjak 2001.
(Kami mengalu2kan sumbangan melalui aplikasi online BillPlz: https://www.billplz.com/Dana_Wakaf_Masjid)
Antara faktor yang mendorong mereka mendekati Islam adalah persamaan budaya Timur serta bagi penganut Kristian, mereka mendapati Islam mempunyai jawapan kepada persoalan ketuhanan yang bercanggah dan mengelirukan dari sisi Kristian.
Jelas di sini, PNG adalah bumi yang sedang menyaksikan Agama Islam mekar berkembang. Namun, Umat Islam di sana amat memerlukan bantuan dan sokongan dari saudara mereka di serata dunia terutama sekali jiran mereka di Asia Tenggara.
Sambutan Aidilfitri di Papua New Guinea
Terkini, pada 23hb Jun 2019, seorang wakil dari Pertubuhan Dakwah dan Kebajikan Masyarakat PNG, bernama Muhammad telah berkunjung ke Kuala Lumur dan bertemu dengan wakil Yayasan Isra'. Kebetulan Yayasan Isra' pernah terlibat dalam misi dakwah dan kebajikan ke PNG sebelum ini. Yayasan Isra' dengan kerjasama ahli Fb Group Titian Kasih telah menghulurkan wang berjumlah RM10,000 sebagai bantuan dana mendirikan masjid dan melaksanakan program dakwah di sana.
Kutipan dana masih diteruskan agar projek pembinaan masjid dapat disempurnakan sepenuhnya dan gerakan dakwah di bawah usaha saudara Muhammad dan teman Muallaf yang lain dapat dikembangkan. Di sana mereka bergerak dengan membawa slogan 'Islam Yang Sejahtera Dan Damai'.
InsyaAllah Yayasan Isra' Malaysia dan Fb Group Titian Kasih akan menziarahi masyarakat Muslim dan Non-Muslim di PNG dalam Misi Qurban bulan Ogos nanti.
(Kami mengalu2kan sumbangan melalui aplikasi online BillPlz: https://www.billplz.com/Dana_Wakaf_Masjid)
Sumbangan dari pembaca budiman sekalian sangat bermakna untuk saudara kita di serata dunia yang memerlukan pelbagai bantuan bagi melengkapkan keperluan masyarakat Islam setempat.
Anda juga boleh menyumbang kepada usaha-usaha kebajikan yang lain di atas nama:
Yayasan Isra' Malaysia
Akaun Maybank:
5520 9523 0206
Hotline:
+60143388099
.
Maklumat rujukan:
1. https://en.wikipedia.org/wiki/Papua_New_Guinea
2. https://en.wikipedia.org/wiki/Islam_in_Papua_New_Guinea
0 Comments