About Me

header ads

Hadkan jualan arak secara terbuka: Rakyat mohon perhatian kerajaan

Kemalangan maut yang berpunca dari pelbagai sebab bukan saja melibatkan kerugian harta benda, malah ia turut merugikan sumber manusia (human capital). Dilaporkan pada tahun 2016, Malaysia telah mengalami kerugian hampir RM 7.8 Bilion atau 1.5% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), akibat kemalangan jalanraya termasuk kemalangan maut. (Negara rugi akibat kemalangan).
Jumlah ini sesuatu yang besar dan tidak boleh dipandang ringan oleh kerajaan dan masyarakat Malaysia. Pelbagai punca kemalangan maut telah dikenal pasti. oleh pelbagai penyelidik dari Institusi penyelidikan.  Beratus- ratus laporan berkenaan punca- punca kemalangan diterbitkan. Diantara punca yang dikenal pasti  ialah sikap pemandu, Ini termasuklah sikap pemandu yang memandu walaupun berada dbawah pengaruh alkohol. 

Kemalangan yang berlaku akibat pemandu mabuk bukan sahaja boleh menjejaskan harta benda awam seperti yang dilaporkan (kemalangan rosakkan harta benda). Malah lebih tragis ialah kehilangan nyawa diseluruh negara, seperti yang dilaporkan oleh pelbahgai pihak. Kemalangan berpunca pemandu mabuk ini mengorbankan bukan sahaja pengguna jalan raya, malah turut melibatkan mereka yang mencari nafkah hidup, seperti yang berlaku di Pulau Pinang.

Kemalangan demi kemalangan sehinggalah yang terbaru ini menjadikan rakyat mula bersuara dan bertindak meminta kerajaan melakukan tindakan proaktif bagi menangani masalah pemanduan oleh pemandu mabuk ini. Pellbagai pihak mengambil inisiatif membuat tinjauan serta mengumpulkan petisyen agar suara rakyat didengari oleh kerajaan. (Rakyat Bersuara)
Rakyat tertanya- tanya, pada ketika kerajaan beria- ia untuk menguatkuasakan undang- undang kerusi kanak- kanak dalam kenderaan (car seat), tiada suara menterii kabinet kedengaran bercakap berkenaan perkara ini (Mana suara menteri)

Tidak dinafikan, sememangnya terdapat peruntukan-peruntukan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 di bawah Seksyen 44 yang merujuk khusus kepada pemanduan di bawah pengaruh minuman yang memabukkan dan dadah dan Seksyen 45A yang merujuk kepada kepekatan alkohol yang melebihi daripada had yang ditetapkan. Berdasarkan kepada Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, selain Seksyen 44 dan 45A yang merujuk kepada kemalangan biasa dan kemalangan yang melibatkan kematian. Malah dibawah Kaedah Kaedah Pengangkutan Jalan Mata Demerit (2017), memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah akan dikenakan sebanyak 10 mata demerit. 
(Hukuman pemandu mabuk)(perlu tindakan tegas). Namun, undang- undang ini seolah- olah hanya tinggal undang- undang tanpa rasa gerun dan bersalah oleh pemandu mabuk. Rakyat berpendapat sudah tiba masanya penguatkuasaan penjualan alkohol secara terbuka diharamkan. Rakyat amat risau dengan kenyataan Exco Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, YB Ng Sze Han yang mengatakan bahawa Selangor tidak akan mengharamkan aktiviti meminum arak secara terbuka ditempat awam. Ia seolah- olah memberi isyarat galakkan penjualan arak secara terbuka. Rakyat melihat tindakan ini bakal menambahkan bilangan kes kemalangan maut akibat pemanduan mabuk (Kerajaan Selangor tidak hadkan)

Bertitik tolak dari kenyataan itu, Kumpulan penyelidik Yayasan ISRA (IFRG) mengambil inisiatif meninjau pendapat serta mendapatkan maklum balas netizen berkenaan perkara ini. Tinjauan mendapati, dari 1700 netizen yang mengundi di poll, seramai 98% netizen bersetuju pihak kerajaan menguatkuasakan pengharaman penjualan arak secara terbuka manakala hanya 28 netizen (2%) sahaja yang tidak bersetuju penguatkuasaan pengharaman jualan arak secara terbuka. Keputusan majoriti ini telah menghantar suatu isyarat kepada Kerajaan agar kerajaan serius menangani isu penjualan arak secara terbuka. 


Tambahan Malaysia, sebagai negara yang mempunyai majoriti penduduk muslim haruslah mengambil langkah yang bertepatan dengan Islam, agama persekutuan negara Malaysia. Gesaan ini bukanlah baru, malah telah lama disuarakan (perketatkan jualan arak)
Namun, kerajaan seolah- olah memekakkan telinga mereka dari mendengar perkara ini. Komen- komen netizen seperti mengharapkan kematian menteri atau keluarga terdekat akibat dilanggar oleh pemandu mabuk agar dengan kejaidian ini barulah ia akan diambil perhatian oleh menteri dan kerajaan menggambarkan kekecewaan rakyat kepada tindakan “pekak badak” kerajaan. 
Kerajaan haruslah berasa malu kepada negara jiran, Singapura yang mempunyai lingkungan 14.9% muslim berbanding Malaysia. Singapura dalam usaha membenteras pemanduan dibawah pengaruh alkohol (mabuk), memperkenalkan undang-undang baru melarang pengambilan alkohol di tempat-tempat awam diantara 10.30 malam hingga 7.00 pagi. Malah, lebih daripada itu, Singapura juga telah mewartakan dua “liquor control zones” iaitu di Little India dan Geylang. Kita tidak harus berbangga dengan penyenaraian Malaysia pada tahun 2011 oleh World Health Organization (WHO) dalam laporannya, yang meletakkan Malaysia sebagai negara pengguna alkohol yang ke-10 terbesar di dunia walaupun saiz dan populasi penduduknya kecil berbanding negara-negara lain. 
Kerajaan haruslah bertindak segera. Arak bukan hanya diharamkan oleh Islam serta agama lain, malah ianya terbukti tidak mempunyai manfaat kepada penduduk Malaysia. Harus diingat, gesaan rakyat Malaysia hanyalah bertumpu kepada pengharaman jualan serta meminum arak secara terbuka. Rakyat Malaysia yang bukan muslim masih lagi boleh menikmati arak ini (jika dibenarkan agama mereka) dirumah- rumah mereka bersama keluarga mereka.


Musa M, Dr

Penyelidik
ISRA’ Foundation Research Group (IFRG)

ISRA’ Foundation atau Yayasan ISRA’ Malaysia (ISRA’) adalah sebuah NGO  berteraskan kepada kerja dakwah,  pendidikan serta kebajikan. 

Post a Comment

0 Comments