Kemasukan abu mayat Chin Peng ini dilihat seolah- olah membuka pintu kepada unsur ketidak stabilan hidup bernegara.
Abu mayat Chin Peng: Provokasi melampau?
Pembentukan negara Malaysia yang dinikmati oleh kita pada hari ini adalah hasil pengorbanan besar pejuang terdahulu, bermula menentang penjajah British serta Jepun. Tidak berhenti disitu, ia turut melibatkan pengorbanan jiwa dan harta pejuang seperti Tentera dan Polis menentang komunis yang mengancam kedaulatan dan ketenteraman negara. Banyak kemalangan jiwa melibatkan pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dengan Komunis, tidak terkira jika dihitung dengan jari jemari ini.
Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan dan dinafikan oleh sesiapa pun ialah peristiwa yang berlaku pada 26 April 1976. Sejarah hitam tercatat apabila sebuah helikopter Nuri Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) dalam perjalanan ke pos-pos tentera di perbatasan Malaysia-Thailand ditembak dan mengorbankan 11 orang pegawai dan anggota tentera jatuh ditembak pengganas komunis di Hutan Simpan Ulu Muda, Gubir, Kedah. Antaranya ialah Major Haris Rejab, Kapt (Udara) Mustaffa Kamal Md Shaffie, Kapt (Udara) Choo Yeok Boo, Leftenan (Udara) Chung Ming Teck. Mereka adalah antara contoh nama- nama yang berjuang menentang pengganas komunis yang mati dibunuh dengan kejamnya oleh pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya (PKM) yang diterajui oleh Chin Peng.
Bukan itu sahaja, trauma kekejaman komunis terhadap penduduk negara ini sangat sukar dilupakan. Puan Tik Sulong, sebagai contoh, menceritakan kekejaman komunis yang sangat sukar dilupakan beliau walaupun kini beliau berusia 89 tahun. Mengingati peristiwa yang berlaku pada 10 Jun 1945, beliau yang berusia 14 tahun ketika itu menceritakan kekejaman komunis dengan begitu lancar dan suara sebak dan bergelinangan air mata seolah- olah peristiwa itu hanya berlaku semalam.
“SAYA melihat sendiri darah ibu dan adik bongsu berusia dua tahun berkocak di dalam kolam ikan ketika mereka ditikam bertubi-tubi oleh dengan lembing komunis. Tidak sekadar melihat ibunya dibunuh, wanita itu turut melihat empat lagi ahli keluarganya dibunuh kejam komunis dalam kejadian berdarah itu. “Bayangkan ketakutan yang dirasai apabila melihat anak saudara yang masih kecil menjerit meminta tolong sambil isi perutnya terburai, tetapi apalah daya saya ketika itu,”
“SAYA melihat sendiri darah ibu dan adik bongsu berusia dua tahun berkocak di dalam kolam ikan ketika mereka ditikam bertubi-tubi oleh dengan lembing komunis. Tidak sekadar melihat ibunya dibunuh, wanita itu turut melihat empat lagi ahli keluarganya dibunuh kejam komunis dalam kejadian berdarah itu. “Bayangkan ketakutan yang dirasai apabila melihat anak saudara yang masih kecil menjerit meminta tolong sambil isi perutnya terburai, tetapi apalah daya saya ketika itu,”
Kekejaman ini bukan hanya tidak mudah dilupakan oleh Puan Tik malahan ia turut tidak mudah dilupakan oleh rakyat Malaysia. Para pimpinan kerajaan PH sebelum ini pun bernada dengan nada yang sama dengan rakyat Malaysia.
Malahan Tun Dr Mahathir pernah menulis didalam blognya pada 2 Oktober 2013 (http://chedet.cc/?p=1079), antaranya:
Malahan Tun Dr Mahathir pernah menulis didalam blognya pada 2 Oktober 2013 (http://chedet.cc/?p=1079), antaranya:
'5. To make it more horrendous, much of the atrocities and mutilations committed by Chin Peng and the CPM are not only on soldiers but many civilians were their victims.
6. Government records show that the CPM in a classic move infiltrated the trade unions and political parties so as to destabilise the nation and bring down its elected Government.
12. It is important to remember that Chin Peng never made any effort to register as a Malaysian citizen. He has therefore forfeited all rights as a Malaysian citizen. But it is entirely possible for his leftist supporters to try and rally around his burial place as a symbol for the resurgence of the MCP in Malaysia. Already race relations in Malaysia has deteriorated. With Chin Peng as a symbol it is most likely that race relations might explode in violence.
13. The Government is right in not allowing the burial of Chin Peng in Malaysia or bringing his ashes back.'
Kelantangan Tun M dalam isu ini seolah- olah “pudar” apabila Tun M pada 28 November baru- baru ini mengatakakan isu abu Chin Peng ini adalah isu kecil yang tidak perlu diperbesar- besarkan.
Kenyataan ini turut disokong oleh pimpinan DAP, Lim Guan Eng. Kenyataan beliau pada 30 November 2019 bukan sahaja senada dengan kenyataan terkini Tun M, malahan konsisten dengan kenyataan bapanya, Lim Kit Siang pada tahun 2013 lagi. Putrajaya Patut benarkan (16 SEPT 2013: Putrajaya Patut Benarkan Abu Chin Peng Kembali Ke Sitiawan, Kata Lim Kit Siang), Abu Chin Peng Tidak Perlu Jadi Isu. (30 NOV 2019: Abu Chin Peng Tidak Perlu Jadi Isu.)
Gesaan pemimpin kerajaan PH ini sangat mengecewakan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia melihat isu ini bukanlah suatu isu kecil yang boleh dipandang enteng. Ia melibatkan maruah sebuah negara dan perasaan yang mengguris keluarga para pejuang yang terkorban semasa menentang komunis suatu masa dulu. Jelas, dalam masa tiga hari poll dibuka, apabila ditanya ADAKAH ABU MAYAT CHIN PENG ini isu KECIL ATAU BESAR?, sebanyak 93 % dari 6800 netizen bersetuju bahawa isu ABU MAYAT CHIN PENG ini adalah ISU BESAR.
Malah, komen- komen para netizen ini juga menjurus kepada kebencian mereka kepada PKM dan komunis sehingga tidak sanggup menerima Chin Peng ini walaupun sekadar abu mayat. Rakyat Malaysia bimbang, dengan kembalinya abu mayat Chin Peng ini ke negara Malaysia, ia seolah- olah negara dan rakyat Malaysia dapat memaafkan, menerima ideologi komunis. Ia juga dikhuatiri sebagai langkah awal kepada dakyah ideologi komunis di Malaysia.
Kerisauan rakyat Malaysia kepada isu abu mayat ini dilihat berasas apabila pada 1 December 2019, satu perjumpaan memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989. Majlis ini dihadiri kira- kira 300 orang dipercayai bekas ahli PKM. Bukan itu sahaja, perhimpunan ini juga melibatkan beberapa pimpinan dari parti DAP, anggota Pakatan Harapan, iaitu parti pemerintah. Datuk dan abang saya pejuang komunis- ronnie liu
Apa yang pasti, setelah rakyat hidup dalam keadaan harmoni dan aman, mereka tidak mahu ada unsur- unsur yang boleh menggugat kestabilan negara yang tercinta. Kemasukan abu mayat Chin Peng ini dilihat seolah- olah membuka pintu kepada unsur ketidak stabilan hidup bernegara. Rakyat sudah bersuara, maka kini tanggungjawab kerajaan untuk bertindak segera. RAKYAT MEMERHATI
Hassan M Musa
0 Comments