About Me

header ads

[Media] Outlet Medsos Asas Yang Perlu Ada Pada Aktivis Sosial

 


Tujuan aktivis sosial membuka akaun medsos adalah untuk memanfaatkan jaringan sosial yang ada padanya, dengan harapan dapat menyampaikan maklumat aktiviti organisasi kepada orang ramai.

.

Akaun medsos adalah outlet iaitu tempat keluarnya maklumat aktivis dan tempat berlaku pertukaran maklumat antara aktivis dengan orang ramai. Hari ini, contoh yang paling mudah kita lihat adalah bagaimana aktivis g4z4 yang berasal dari Malaysia, saudara Nadir An-Nuri, menggunakan outlet medsos bagi menyampaikan segala peristiwa yang berlaku di sana.

.

Jika ada kemampuan, tentulah kita mahu menggunakan semua outlet medsos. Tapi masa, tenaga dan sumber mungkin terbatas. Maka memadailah beri tumpuan kepada empat sahaja iaitu WhatsApp, Twitter, Facebook dan Instagram. Populariti mereka di kalangan rakyat Malaysia boleh dilihat pada gambarajah di bawah.

.

.

Bagaimana menggunakan outlet ini dengan sebaiknya?

.

WhatsApp Group: Sebar maklumat atau pautan dari outlet lain untuk menggalakkan orang-ramai berkunjung ke sana. 

.

Twitter: Kongsi maklumat terkini tentang aktiviti. Pada masa yang sama ikuti (Follow) individu lain yang berada dalam tumpuan anda. Maklumat terkini biasanya akan diperbualkan secara aktif dalam tempoh 24 jam.

.

Facebook Profile: Kongsi maklumat diri dan organisasi anda agar orang-ramai dapat mengenali aktiviti organisasi anda dengan lebih lanjut.

.

Facebook Page: Kongsi maklumat kegiatan anda supaya orang-ramai akan mendapat penceritaan yang lebih panjang berbanding Twitter.

.

Facebook Group: Ajak orang-ramai turut sama berkongsi maklumat supaya perbualan berkaitan organisasi anda akan menjadi lebih rancak dan tersebar luas.

.

Maklumat melalui Facebook biasanya akan diperbualkan dalam tempoh satu hingga tiga hari dari masa ia disiarkan.

.

Instagram: Jadikannya sebagai galeri aestetik untuk tatapan orang-ramai. 

.

Bahan media yang disiarkan melalui Instagram ini kebiasaannya bersifat nostalgik iaitu akan dilawati semula sebagai bahan kenangan. Semakin kuat kesan nostalgik, semakin kerap lawatan pengunjung kepada bahan media ini.

.

Oleh:

CikguRazzi

https://www.facebook.com/CikguRazzi/

https://twitter.com/cikgurazzi/


Post a Comment

1 Comments

  1. Casino Secret! Free Spins and No Deposit Bonus
    Casino Secret! is 카지노사이트 a relatively new casino that offers a welcome 제왕카지노 bonus, free spins and no deposit bonus for players to try out. We've thoroughly reviewed カジノ シークレット

    ReplyDelete